Friday, September 11, 2009
Pesta Gereja Maria Bonda, Kampung Orang Asli (Orang Asli Village Celebrates Feast of Mary, Patron of Chapel)
Komuniti Orang Asli di Kampung Tekir, Jalan Labu, akan merayakan Pesta Gereja Kecil mereka yang di letakkan dibawah naungan Bonda Maria, pada 13hb September. Ini adalah sempena Pesta Kelahiran Bonda Maria pada 8hb September.
Gereja Maria Bonda mempunyai sejarah yang melebihi 100 tahun. Pada masa sekarang, terdapat 3 komuniti Orang Asli yang berumat Katolik dibawah jagaan paroki Gereja Visitasi, Seremban, iaitu, Kampung Orang Asli Tekir, Kampung Orang Asli Sebir (kedua-dua di Jalan Labu) dan Kampung Orang Asli Belihoi (sepanjang jalan Seremban-Mantin).
Pesta Kelahiran Bonda Maria mengingatkan kita tentang identiti dan maruah peribadi kita. Tuhan Allah telah memilih Bonda Maria sebagai ibu kandung Yesus sejak dari permulaan. Oleh sebab, gadis Yahudi ini telah menyahut seruan Tuhan maka seluruh dunia dan manusia sejagat dapat menikmati keberkatan penyelamatan.
Pada hari yang mulia ini, marilah kita bersyukur kepada Tuhan atas kurniaannya, khususnya, Bonda Maria . Kita juga ingin bersyukur kepadanya atas nyawa setiap insan didunia ini, kerana setiap insan juga merupakan kurniaan daripada Tuhan dan diletak disini dengan tujuannya tersendiri.
(The Orang Asli Community of Kampung Tekir, Jalan Labu, celebrates the Feasts of Our Lady, the patron of their 100 year old village chapel on Sunday, September 13, 4.00 pm)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Please sign in with name and email address. The moderator reserves the right to delete any comments from unidentified source, or which contains abusive, seditious or rude language.